Keindahan Alam Semulajadi

Posted in Uncategorized on April 2, 2009 by aul09

dsc048572dsc04876

Pada 1 April yang lalu, saya dan teman-teman sedarjah telah pun ke pantai Pasir Ris untuk membersihkan pantai tersebut. Kami disuruh untuk mengutip sampah di pantai itu. Saya dan teman sedarjah telah pun diberikan plastik untuk membuang sampah sarap dan sarong tangan plastik untuk menjaga kebersihan kami. Saya dan teman sedarjah juga telah pun dibahagikan pada beberapa kumpulan. Sungguh indah pemandangan laut tersebut. Ada beberapa ekor kuda di situ. Saya dan kumpulan saya terus memulakan tugas kami. Kebetulan saya dan kumpulan terjumpa seekor Obor-Obor yang berada di tepian pantai. Pemandangan sungguh indah tetapi ada juga beberapa kotoran-kotoran sampah di tepi laut tersebut. Saya suka akan pemandangan laut dan air laut yang sungguh jernih itu.

Karangan Diskriptif

Posted in Uncategorized on March 3, 2009 by aul09

Suasana sungguh dingin pada malam itu. Ibu dan bapa saya tidak ada di rumah. Sedang saya kusyuk menonton televisyen, tidak perasan pula sudah lewat malam. Guroh berdentum- dentum. hujan semakin lebat, ia membuat saya berasa takut. Sedang saya mengabil secawan air, rasa yang amat mengerunkan makin menggoda perasaan saya. Kemudian saya terus ke bilik mandi untuk membuang air kecil. Terdengar pula bunyi pintu rumahku diketuk dengan kuat. Terdiam saya seketika. Saya berasa amat takut. Selepas keluar tandas terpandang pula mataku pada jam dinding yang menunjukkan sudah pukul tiga setengah pagi. Saya pun mengintip pada lubang pengintip pintu untuk melihat siapa yang mengetuk pintu rumahku tadi. Memang saya tidak nampak apa-apa pada mulanya. Namun ketukan itu semakin kuat. Saya makin takut tetapi saya beranikan diri untuk melihat lagi sekali pada lubang pengintip pintu. Kemudian  barulah muncul ibu bapaku di luar rumah.

Kathakali Kerala

Posted in Uncategorized on February 27, 2009 by aul09

 

Kathakali Kerala ini sungguh menarik dan kreatif.Cara pakaiannya unik sekali.Seni ini walaupun usang,ia tetap digemari orang ramai.Kini generasi-generasi terkini tidak mengetahui tentang kesenian ini.Orang ramai bimbang akan kehilangan kesenian ini.Pada pendapat saya ia amat menarik walaupun seni ini sangat seram.Saya berharap kesenian ini dapat diteruskan supaya generasi-generasi akan datang dapat mengetahui lebih tentang kesenian mereka.

Hello world!

Posted in Uncategorized on February 27, 2009 by aul09

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.